Pages.

Wednesday, 14 January 2015

Aku kecewa.

Terlalu ramai yang bercakap guna hati.
Akal yang diberi tak diguna untuk berhujah.
Lantang bersuara seolah kerja menghukum kerja mereka.
Semua yang disampai diterima bulat-bulat tanpa dikaji.
Apalah guna akal jika hanya tahu mengira truss dan calculus.
Jika hukum Tuhan tetap dibuang tepi.
Apalah guna akal jika hanya tahu menyelidik aib manusia.
Sedang kitab al-Quran dibiar berhabuk di sudut bilik.
Siapa kita sibuk nak mencari salah orang.
Salah kita cepat-cepat disorokkan.
Hendak menasihat biarlah berhemah.
Kerana junjungan Muhammad dijadikan teladan.
Hari lahir Baginda baru saja berlalu.
Tapi manusia tetap tak ambil iktibar.
Dipekakkan telinga dibutakan mata.
Mengikut hawa nafsu.
Menurut kata hati yang semakin menhitam.
Jangan disalahkan orang lain.
Salahkan diri sendiri.
Cuba cari satu tempat yang aman.
Ingat balik apa yang telah kita lakukan.
Ingat balik di bumi siapa kita berpijak.
Kembali, selagi hari itu belum tiba.

No comments:

Post a Comment