Pages.

Wednesday, 31 December 2014

2014.

I'm gonna talk about past.
To appreciate.
For it will remain in memory.
For it will give lessons to live.
For it will give hope for future.

2014.
Aku bangun dan jatuh.
Bukan sekali tapi berkali kali.
Aku bertemu kenal dengan manusia.
Bermacam-macam manusia.
Aku menangis.
Aku ketawa.
Ada yang masih bersama di saat 2014
melabuhkan tirai.
Ada yang dari awal lagi mengundurkan diri.
Tak mengapa.
Aku cuba biasakan diri --
Aku jatuh cinta.
Belajar bercinta.
Dan aku kecundang kerana cinta.
Tak mengapa.
Aku tak mati lagi kerana cinta --
Ilmu aku tak tahu makin bertambah atau maintain.
Yang pasti tak berkurang --

 : Entah apa yang aku mengarut di pagi hari.

Selamat tahun baru cinta --


Aku pernah mendengar kata-kata ini
daripada sebuah ceramah dalam 
youtube kalau tak silap.

"You're not in love.
You're just hormonal. 
He said he likes you 
but that does not mean 
that you can date with him"

"You're not in love.
You're just hormonal. 
He said he likes you 
but that does not mean 
that you can date with him"


"You're not in love.
You're just hormonal. 
He said he likes you 
but that does not mean 
that you can date with him"

Bagi ulang tiga kali.
Supaya masuk dalam otak.
Supaya berfikir kenapa kata macam tu.
Sematkan. 
Simpan dalam otak.
Ingat.

Assalamualaikum.
 



 

Sunday, 28 December 2014

"Dialah Yang Awal, Yang Akhir dan Yang Batin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
::surah Al-Hadid ayat 3.
--> Yang Maha Awal ialah yang telah ada sebelum segala sesuatu ada, Yang Maha Akhir ialah tetap ada setelah segala sesuatu musnah. Yang Maha Zahir ialah Yang Maha Tinggi tiada di atasnya sesuatu pun. Dan Yang Maha Batin ialah yang tidak ada sesuatu pun yang menghalangNya, dan Dia lebih dekat kepada makhluk daripada makhluk itu sendiri kepada dirinya.
(Hadith riwayat Ahmad)

Friday, 26 December 2014

Kau jawablah nanti

Sebab yang kena bukan kau.
Sebab yang duduk harungi air tu bukan keluarga kau.
Sebab anak yang kelaparan itu bukan darah daging kau.
Sebab ternakan yang mati bukan ternakan kau.
Sebab kucing yang hilang bukan kucing kau.
Sebab yang kehausan bukan kau.
Sebab rumah yang dihanyutkan bukan rumah kau.
Maka kerana itu kau bersenang lenang bergoyang kaki gelak sakan tak ingat dunia.
Kerana kau lupa setiap manusia ada pertaliannya.
Kerana setiap manusia adalah bersaudara.
Malas nak hurai panjang.
Kelak di akhirat kau jawab la panjang berjela jela.

Thursday, 25 December 2014

Banjir.


Mungkin dosa kami terlalu banyak.
Mungkin kami telah melampaui batas.
Tuhan, ampunkan kami.
Beri kami peluang untuk bertaubat.
Beri kami ketabahan menghadapi semua ini.

Semoga segalanya selamat.
Semoga tiada nyawa terkorban.
Semoga semua ini berhenti.
Semoga semoga dan semoga.


Wednesday, 24 December 2014

24 December 2014

Perasaannya bila kau nak makan udang yang kau minat gila, tapi kau tak dapat sebab kau ada allergic --
Bahagia dalam derita.
Bila mana kau dapat jumpa dia tapi kau tak dapat sapa dia pun.
Bila mana kau ingat dia tapi dia macam tak ingat kau pun.
Bila kau harap dia sapa kau, tapi hakikatnya senyum pun tak.
Aku harap aku hanya mimpi atau hanya salah pandang.
Hakikatnya itu realiti.

Aku rindu. Sebenarnya.

Tuesday, 23 December 2014

Hai.

Hablumminallah. Hablumminannas.
Hubungan dengan Allah. Hubungan dengan manusia.
Dua-dua kita kena jaga.
Dua-dua. Bukan satu je.
Sekarang ni ramai yang macam tu(aku pun termasuk sekali).
Jaga gila-gila hubungan dengan Allah tapi dengan manusia, choi.
Bukan main tunggang tunggeng solat, tapi cakap dengan manusia punya lah kurang ajar nya --
Hah. Jadi ini masalah pada hati.
Hati yang tidak ikhlas melakukan solat.
Refleks nya sikap jadi macam tu.
Jika benar ikhlas dalam melakukan ibadah, automatik sikap jadi baik juga.
Jaga gila-gila hubungan dengan manusia.
Cakap lemah lembut, sedekah sana sedekah sini.
Tapi bila dengan Tuhan, sambil lewa.
Solat tak ikut time, baca al-Quran jarang-jarang.
Masalahnya juga pada hati.
Jadi semua masalah berpunca dari hati yang sakit, yang tidak ikhlas pada diri.

P/s: Sama-sama kita perbaiki diri. Aku juga manusia punya banyak kekurangan. Kadang cakap tak serupa bikin--
Tapi kalau nak tunggu orang yang sempurna je boleh bagi nasihat, memang takde lah kan.
Peace no war.

Thursday, 18 December 2014

It's friday. Read al-kahf.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah."
:: Surah al-kahf ayat 54

Wednesday, 17 December 2014

Tujuan


Where is your focus?

Mana tujuan kamu?
Tujuan hidup sebagai seorang manusia.
Kenapa kita dicipta?
Kenapa kita bernyawa?
Ke mana tujuan kita sebenarnya?

Sedang ada jawapannya.
Tapi kita masih tercari cari.
Sedang ada di depan mata.
Kita masih tak nampak.
Sedang diberitahu banyak kali.
Namun kita masih pekakkan telinga.

Kebal sangatkah hati ini?
Bebal sangatkah diri ini?

Take me to Your way.
Guide me to the right path.
Amin.

Monday, 15 December 2014

Marry me marry.


Don't marry because of SEX.
Don't marry because you are getting OLD.
Don't marry because you are of AGE.
Don't marry because you are LONELY.
Don't marry because you need someone to support you FINANCIALLY.
Don't marry because you mistakenly got PREGNANT for him.
Don't marry because you don't want to LOSE the PERSON.
Don't marry because of FAMILY PRESSURES.
Don't marry because you like the IDEA of marriage.
Don't marry because of PITY or out of PITY.
Don't marry because of TRIBE.
Don't marry because you admire of WEDDING GOWN you see.
Don't marry because you love KIDS.
Don't marry because all your friends are getting married.
Don't marry because of physical/academic qualifications.

BUT
Marry because you are ready to complete half of your deen and the sunnah of the prophet.
Marry because you want to fulfill the DESTINY.

:: copy paste #muslimspouses

Sunday, 14 December 2014

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
:: Surah Qaf ayat 16.

Thursday, 11 December 2014


Dan kau kata kau benci.
Sedang sebenarnya kau suka.

Sungguh, Allah lebih mengetahui apa yang terlihat
dan apa yang tersembunyi.
Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuan Allahu Rabbi.

Kau boleh menipu manusia,
diri kau sendiri.
Tapi Tuhan tetap tahu.

:: Random --



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
"Alif Lam Mim.
Kitab al quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, melaksanakan solat, dan membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami beri kepada mereka.
Dan mereka beriman kepada al quran yang diturunkan kepadamu wahai Muhammad dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.
Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang beruntung."
::Surah al-baqarah ayat 1-5.

Aku melihat mereka punya latar belakang keluarga yang baik.
Mak ayah orang hebat.
Adik beradik belajar tinggi-tinggi kerja besar-besar.
Hidup senang lenang.
Aku melihat kebahagiaan mereka.
Allahu. Setiap orang ada kebahagiaan mereka sendiri.
Setiap orang ada masalah mereka sendiri.
Tiada manusia yang sempurna.
Allahu. Aku bersyukur atas nikmatMu selama ini.

Wednesday, 10 December 2014

I don't know what I don't know.

Hi.
Tak tahu kenapa dah tak boleh nak jadi positif --
Civil Engineering Materials buat aku rasa nak nangis.
Aku tak tahu apa yang aku nak tulis.
Ada dalam kepala otak ni tapi bila aku nak buat ayat nak terang bagai,
aku mati akal --
Argh, kalaulah jawapan boleh turun dari langit --
Tengok, give up lagi.
Memang taknak give up tapi macam no point.
No point. Dari tadi kerja dengan pakcik google.
Tapi habuk pun takde.
Give up?
Nangis.
K. Nanti aku cuba lagi.
Ya. Aku cuba lagi. 

Tuesday, 9 December 2014

Aku mencintaimu kerana agamamu.
Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.

Monday, 8 December 2014

Saja nak bercerita.

Kerana perancangan Tuhan itu lebih baik.
Kerana apa yang kamu bayangkan, kamu impikan.
Tuhan punya lebih baik.
Kau impi kau dapat makan kek coklat, tapi Tuhan beri kau dua kek coklat --
Kau impi nak jadi engineer,  tup tup kau jadi lecturer je.
Sebab Tuhan tahu kau lebih pandai beri explain dari membina.
Kau impi kau akan kahwin dengan lelaki tinggi.
Tuhan tetapkan kau kahwin dgn lelaki biasa biasa je.
Supaya kau tak letih nak mendongak ke atas memanjang je --
Haha. Tuhan punya perancangan. Lebih baik.
Sungguh, Dia lebih mengetahui.
Jadi jangan sedih kalau tak dapat apa yang kau impi.
Kerana kadang apa yang kita nak itu tak semestinya terbaik untuk kita. Kadang apa yang kita tak nak itulah yang terbaik untuk kita.
Tepuk dada. Senyum selalu.
Tapi ingat.
Jangan pernah untuk cepat berserah dan duduk goyang kaki --
Tuhan tak suka orang yang tiada usaha.
Sesuatu yang kita nak, kita usaha. Dan bila kita tak dapat, ada lah sebabnya itu.
Think positive bebeh --

Mood : Blessed :)

Kadang bila terlalu sakit, tak ada kata boleh kita ucap.
Waktu itu air mata je main peranan.
Menangis bukan bermaksud kita lemah.
Cuma kadang kita tak mampu lagi tahan.
Dan tak ada kata yang mampu mengungkapkan.
Sakit itu. Di sini. Di hati.
Apapun sakit itu ambil pengajarannya. Ambil yang positif tentangnya.
Kerana apa yang berlaku semua dengan izinNya.
Tuhan nak kita belajar.
Tuhan nak kita sakit sekarang supaya kita tak rasa sakit yang lebih lagi nanti.
Tuhan Maha Adil.
Nangislah jika itu dapat melegakan kamu.
Nangislah Sarah.
Tak salah. Yang salah bila kamu yang buat orang menangis --

Happy batch day Heroines.

Heroines.
Bukan nama sejenis dadah --
Ia nama salah sebuah batch sekolah menengah.
HEROINES 0812.
Sek. Men. Sains Pasir Puteh.
Lima tahun kami puteri puteri Scipp bersama.
Belajar bersama. Makan bersama. Tidur bersama. Main bersama.
Nangis ketawa marah bersama.
Semangat batch yang sebegini tak kan dapat kat mana mana.
Kami bersatu untuk naikkan nama sekolah.
Kami bersatu untuk singkirkan anasir jahat.
Kami bersatu untuk pertahankan apa yang kami sayang.
Kami mungkin pernah buat salah antara satu sama lain.
Sedang diri sendiri boleh tergigit lidah. 
Bersempena hari ini 0812
Happy birthday Heroines.

Mungkin kita boleh cari kawan yang lebih baik.
Tapi tak mungkin sama dengan kita kita, kan :')

Mood : Rindu Heroines. Sangat-sangat.

Salah.


Betullah orang kata, kalau bapak nya tok imam, tak semestinya anak nya juga nanti jadi tok imam.
Kalau bapaknya penagih dadah, tak semestinya anak nya akan ikut sama.
Kerana iman itu bukan untuk diwarisi.
Walau orang kata ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Lain orang lain sikapnya.
Kau tak boleh expect setiap orang dalam family itu adalah sama.
Kau tak boleh expect setiap adik beradik itu punya sikap yang sama.
Genetik rupa mungkin sama, tapi bukan sikap. 
Ya. Aku salah.
Aku ingat kau sama macam dia.
Ya. Aku silap.
Aku patut menilai kau dari diri kau bukan dari diri orang lain yang meskipun adalah darah daging kau.
Jadi ini bukan salah kau. Ha. Ha.
Jadi ini salah aku.
Dan sentiasa salah aku --

=> Jangan kau anggap kasut yang berharga RM30 dengan yang berharga RM50 adalah sama hanya kerana kasut-kasut itu jenama nya sama.

Random --

Susah tapi tak susah pun.


Untuk kita lari dari sesuatu yang kita biasa buat, itu susah.
Untuk kita berhenti daripada perkara harian kita, itu susah.
Untuk kita berpisah dari orang yang sentiasa ada dengan kita, itu susah.
Untuk kita lupa orang yang amat bermakna pada kita, itu susah.

Tapi susah itu tak mustahil, kan?

"Dua jiwa yang dah sebati, memang susah nak dipisahkan. Tapi kalau sakitnya memudaratkan, kita kena buang jugak, kan."

Lama-lama okay lah tu.
Tarik nafas. Hembus.
Kau boleh.

Sunday, 7 December 2014

After all this this time? Always.


After all this time?
Always.

Dah dua tahun berlalu.
Dan masih rasa itu ada lagi.
Tak pernah berkurang malah makin kuat.
Lepas kehilangan baru kita tahu berharganya sesuatu itu.
Dan tak mungkin ada yang boleh mengganti.
Walau kau cuba untuk kata 'ada je'.
Takkan ada yang sama. Takkan.
Mungkin ada yang lebih baik, tapi takkan sama.
Kau masih mahu yang lama.
Rasa itu masih sama.

Dan jangan tanya aku kenapa.
Kerana bukan aku yang mencipta.
Kerana aku juga manusia biasa.

Satu soalan mungkin ada banyak jawapannya.
Jawapan yang berbeza tapi soalan tetap sama.

Siapa suruh letak seluruh pengharapan pada manusia?
Siapa suruh agungkan manusia?
Siapa suruh kagum sangat dengan manusia?
Sedang ada Tuhan yang Maha Kuasa tempat segala berlindung.
Sedang ada Tuhan pencipta sekalian alam.
Sekarang kau rasa sakit.
Sakitnya pengharapan.
Bila hati dah retak baru kau cari Tuhan.
Bila kau dah rebah tersadung jatuh tersungkur baru kau ingat Tuhan.
Tapi tak apa, selagi bumi masih berputar, tak pernah terlambat untuk kembali.
Kembali kepada Yang Maha Pencipta.
Kembali kepada fitrah.

Saturday, 6 December 2014

Langkah mesti diteruskan.

Kadang aku rasa ini bukan jalan aku.
Kadang aku rasa aku salah dalam membuat percaturan.
Tapi ini lah takdir hidup aku.
Inilah jalan Tuhan beri.
Apa aku rasa tak penting.
Yang penting aku sudah di sini.
Langkah kaki mesti diteruskan.
Tiada jalan untuk u-turn.
Atau mungkin ada, cuma aku yang malas nak fikir.
Tuhan beri sampai sini.
Jadi teruskan. Teruskan.
Walau kadang ada rebah.
Walau kadang ada aku tersadung. 
Teruskan. Tuhan pasti ada.
Jangan pernah menyerah.



Baru.

Hi.
Blog lama padam habis jadi blog baru.
Alasan?
Hanya kerana rasa aku perlu gaya penulisan yang baru.
Yang lebih bermanfaat dan lebih mendalam.
Mungkin.
Jadi kita lupakan saja yang lama.
Kita buka buku baru.
Sempena 2014 yang bakal berakhir.
Tak lama lagi.
Semoga Tuhan setuju.


Padam semua tak bermakna kau padam habis.
Kadang masih ada.
Dalam ingatan.

Selamat datang ke tinta baru.
Peace yo.