Pages.

Monday, 8 December 2014

Salah.


Betullah orang kata, kalau bapak nya tok imam, tak semestinya anak nya juga nanti jadi tok imam.
Kalau bapaknya penagih dadah, tak semestinya anak nya akan ikut sama.
Kerana iman itu bukan untuk diwarisi.
Walau orang kata ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Lain orang lain sikapnya.
Kau tak boleh expect setiap orang dalam family itu adalah sama.
Kau tak boleh expect setiap adik beradik itu punya sikap yang sama.
Genetik rupa mungkin sama, tapi bukan sikap. 
Ya. Aku salah.
Aku ingat kau sama macam dia.
Ya. Aku silap.
Aku patut menilai kau dari diri kau bukan dari diri orang lain yang meskipun adalah darah daging kau.
Jadi ini bukan salah kau. Ha. Ha.
Jadi ini salah aku.
Dan sentiasa salah aku --

=> Jangan kau anggap kasut yang berharga RM30 dengan yang berharga RM50 adalah sama hanya kerana kasut-kasut itu jenama nya sama.

Random --

No comments:

Post a Comment